awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dikhuatiri hilang ketika aktiviti selaman di Pulau Satang, Kuching

Afiezul Samit
Afiezul Samit
18/04/2021
13:10 MYT
Wanita dikhuatiri hilang ketika aktiviti selaman di Pulau Satang, Kuching
Mangsa Chong Su Sian, 31 tahun dikatakan memulakan aktiviti selaman bersama-sama lima lagi penyelam lain sekitar jam empat petang.
KUCHING: Seorang wanita dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti selaman kira-kira 23 batu nautika dari Pulau Satang, di sini pada Sabtu.
Mangsa Chong Su Sian, 31 tahun dikatakan memulakan aktiviti selaman bersama-sama lima lagi penyelam lain sekitar jam empat petang.
Namun mangsa gagal timbul ke permukaan.
Kehilangan mangsa disedari adiknya, yang turut sama dalam aktiviti itu selepas lebih 80 minit mangsa berada di dalam air.
Adik mangsa kemudian cuba melakukan pencarian di sekitar lokasi kejadian tetapi gagal menemui sebarang petunjuk.
Laporan kemudian dibuat kepada Mers 999 pada jam 8.00 malam Sabtu.
Susulan laporan tersebut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus diaktifkan sekitar jam 9.00 malam.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Yousry Yaali, operasi SAR difokuskan di kawasan radius dua batu nautika dari tempat terakhir mangsa dipercayai hilang.
Seramai 30 anggota petugas daripada pelbagai angensi terlibat dalam SAR tersebut.
Topic Berkaitan
#wanita hilang
#aktiviti selaman
#Pulau Satang
#Kuching
#Chong Su Sian
#Penyelam
#Kapten Yousry Yaali
#APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan