Wanita dipenggal kepala antara mangsa maut dalam serangan di gereja Perancis

Agensi
Oktober 29, 2020 23:32 MYT
Dalam serangan berasingan, seorang lelaki maut ditembak polis selepas menunjukkan senjata yang merupakan sepucuk pistol. - Gambar REUTERS
NICE: Seorang wanita dipenggal kepalanya oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah gereja di Nice, Perancis dan membunuh dua yang lain pada Khamis.
Dalam serangan berasingan, seorang lelaki maut ditembak polis selepas menunjukkan senjata yang merupakan sepucuk pistol.
Menurut Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi, serangan seumpanya berlaku berdekatan gereja Notre Dame awal bulan ini terhadap seorang guru sekolah, Samuel Paty yang sebelum ini menunjukkan karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, Pendakwa Raya anti-keganasan Perancis sudah membuka siasatan berhubung kejadian itu yang disifatkan Datuk Bandar Christian Estrosi sebagai 'serangan Islam-fasis.'
BACA: Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis
Estrosi dilaporkan berkata, penyerang terus mengulangi laungan 'Allahu Akbar' (Allah Maha Besar) walaupun ketika menerima rawatan selepas dia cedera ketika ditahan.
Susulan serangan itu, Ahli Parlimen mengadakan upacara bertafakur selama seminit hari ini sebelum Perdana Menteri Jean, Castex dan menteri lain mengadakan pertemuan tergempar dengan Presiden Emmanuel Macron.
BACA: Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun Mahathir
Estrosi, yang memaklumkan bahawa Macron akan tiba di Nice, meminta gereja di seluruh negara diberikan perlindungan keselamatan tambahan atau ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas ribuan orang berkumpul di seluruh Perancis untuk menyatakan sokongan terhadap seorang guru yang dipenggal kerana menunjukkan kartun memaparkan Nabi Muhamad kepada anak muridnya.
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
#Islam #Perdana Menteri #Parlimen #Emmanuel Macron #Nice #Perancis #dipenggal kepala #serangan di gereja #Christian Estrosi #Nabi Muhammad SAW #Samuel Paty