awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2020
12:19 MYT
Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M
Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak menampakkan beliau seorang sosok yang bertamadun, selar Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kemas kini terbaharu di blognya.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pemerintah tertinggi Perancis itu bersikap primitif kerana menuduh orang Islam terlibat dalam pembunuhan guru yang menghina Islam, malah menegaskan tindakan membunuh bukan ajaran Islam.
“Tetapi orang yang marah boleh membunuh,” tegas Dr Mahathir menerusi tulisan beliau di www.chedet.cc.
Jelas Dr Mahathir, sejarah membuktikan bahawa orang Perancis pernah membunuh jutaan manusia, yang ramai mangsanya terdiri dari orang Islam.
“Orang Islam berhak untuk marah dan bunuh orang Perancis bagi membalas pembunuhan mereka pada masa lampau, tetapi orang Islam tidak pernah mengamalkan peraturan sedemikian,” katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain.
Media sebelum ini melaporkan seorang guru sekolah di Perancis, Samuel Paty dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal oleh seorang lelaki Rusia berketurunan Chechen pada 16 Oktober lalu.
Guru terbabit sebelum itu menunjukkan karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW yang menyebabkan 12 orang dibunuh dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo pada 2015.
Macron bagaimanapun mempertahankan tindakan guru berkenaan, sehingga menyebabkan protes besar-besaran di kebanyakan negara Islam.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Charlie Hebdo
#Emmanuel Macron
#Islam
#Perdana Menteri
#Samuel Paty
#Presiden Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan