awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000

Bernama
Bernama
02/01/2024
10:32 MYT
Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000
Tan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat dihukum penjara 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik majikannya berjumlah RM680,108.13, empat tahun lepas.
Tan Siau Ling, 43, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita terbabit yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun di syarikat Hap Yeng Seng Sdn Bhd didapati melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang daripada akaun United Overseas Bank milik syarikat itu ke dalam beberapa akaun bank milik peribadi dan bekas suaminya berjumlah keseluruhan RM680,108.13.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat Hap Yeng Seng Sdn Bhd, Jalan PM 5, Plaza Mahkota Melaka di sini antara 24 Mei 2019 hingga 23 Okt 2019.
Tan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Rashidah Baharom mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat selain mengambil kira kerugian dialami syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, peguam Nur Atifah Kamal Effendi yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara minimum memandangkan Tan yang juga ibu tunggal telah insaf dan menanggung tiga anak yang masih bersekolah serta ibunya yang uzur.
Nur Atifah turut memberi alasan tertuduh melakukan tindakan sedemikian kerana terdesak selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan palsu dalam talian.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Jun 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan palsu
#hukuman penjara
#eksekutif akaun
#pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan