awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dipukul, diugut bunuh angkara suami cemburu

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2024
20:30 MYT
Wanita dipukul, diugut bunuh angkara suami cemburu
Dituduh ada hubungan dengan lelaki lain punca seorang wanita dipukul dan diugut bunuh oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Siaun di Menumbok, Beaufort, Sabah. - Gambar hiasan
BEAUFORT: Dituduh ada hubungan dengan lelaki lain punca seorang wanita dipukul dan diugut bunuh oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Siaun di Menumbok, di sini pada Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan mangsa, 34, cedera di bahagian muka akibat dipukul suspek berusia 35 tahun.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, suspek berjaya ditahan pada hari sama selepas mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Menumbok di sebuah rumah tidak bernombor di sini.
"Menurut siasatan awal, kejadian berlaku di dalam kereta di hadapan rumah mereka di mana suspek secara tiba-tiba mengamuk dan memukul mangsa di bahagian muka.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dan luka di bawah kening. Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, suspek bertindak demikian disebabkan cemburu dan menuduh isterinya ada hubungan dengan lelaki lain.
"Suspek direman selama empat hari bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#suami cemburu
#wanita dipukul suami
#diugut bunuh
#Kampung Siaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan