awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Israel dakwa serang 1,100 sasaran di Iran dalam tempoh lima hari
POLITIK
Bila DUN akan bubar, biar saya yang fikir - Hajiji
MALAYSIA
Lelaki dipenjara 40 tahun, 24 sebatan bunuh ibu bapa di Kampung Sg Penchala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita dipukul majikan ada masalah kesihatan - Polis

Bernama
Bernama
18/06/2025
07:00 MYT
Wanita dipukul majikan ada masalah kesihatan - Polis
Mohd Sohaimi berkata laporan perubatan turut menyatakan bahawa wanita berusia 34 tahun itu hanya mengalami kecederaan calar serta kesan lebam akibat kejadian berkenaan.
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan seorang pekerja wanita yang dipukul majikan dalam kejadian di sebuah pejabat di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini pada 15 Mei lepas, mempunyai masalah kesihatan lain sebelum insiden itu dilaporkan berlaku.

Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan wanita yang dipukul majikan di Pasir Gudang hanya mengalami kecederaan ringan seperti calar dan lebam, serta mempunyai masalah kesihatan lain yang tidak berkaitan dengan insiden tersebut.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dan kertas siasatan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
  • Video kejadian tular di media sosial, namun dakwaan bahawa wanita itu perlu pembedahan akibat insiden tersebut telah dinafikan oleh pihak hospital.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata berdasarkan laporan perubatan dari pihak hospital turut menyatakan bahawa wanita berusia 34 tahun itu hanya mengalami kecederaan calar serta kesan lebam akibat kejadian berkenaan.
''Wanita berkenaan memang sudah ada penyakit dan perlu membuat pembedahan dan tiada kaitan atau disebabkan daripada kes (kejadian) itu.
"Kita telah bawa perkara itu kepada pegawai perubatan dan mereka mengesahkan ia kecederaan kecil dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,'' katanya kepada pemberita di Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang tular di media sosial bahawa wanita itu perlu menjalani rawatan dan pembedahan di hospital disebabkan kecederaan akibat kejadian itu.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan telah diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk pertuduhan.
Mohd Sohaimi sebelum ini dilaporkan berkata pihak polis menjalankan siasatan susulan video rakaman yang tular memaparkan seorang wanita dikasari majikannya di sebuah pejabat dan laporan daripada wanita itu diterima pada hari sama sekitar 5.53 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#dipukul majikan
#PDRM
#Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami