Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di sini berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.
Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.
Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di sini, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Menceritakan kejadian itu di sini hari ini, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
"Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
"Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut 'daddy' menyebabkan suami marah," katanya.
Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.
Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.
"Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu," katanya.
Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.
Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya.
Bernama
Wed Aug 14 2013
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Wanita dipukul suami dalam lif harap polis ambil tindakan segera
Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di sini berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.