awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
03/01/2024
03:39 MYT
Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat
Hanya kerana tindakan menutup pintu dengan kuat, seorang wanita mengalami kecederaan selepas dipukul suaminya di rumah mereka di Taman Maju Jaya, Pandan Indah, Ampang, pada Isnin lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tindakan menutup pintu dengan kuat, seorang wanita mengalami kecederaan selepas dipukul suaminya di rumah mereka di Taman Maju Jaya, Pandan Indah, Ampang, pada Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, wanita suri rumah berusia 40 tahun itu membuat laporan pada jam 2 petang selepas berselisih faham dengan suaminya yang berusia 45 tahun.
"Semasa pertengkaran suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan.
"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada tangan, jari tengah dan kaki kanan.
"Punca kejadian bermula daripada suspek yang tidak berpuas hati apabila pengadu menutup pintu dengan kuat dan kemudiannya berlaku pertengkaran," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Azam berkata, pihaknya telah menahan suspek yang disyaki terlibat dengan kes tersebut.
Katanya, hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.
Permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Ampang akan dipohon pada Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Topic Berkaitan
#suami pukul isteri
#wanita dipukul suami
#tutup pintu dengan kuat
#keganasan rumah tangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan