Skip to main content

Malaysia

Wanita ditahan bantu siasatan kes tetak di hadapan pusat beli-belah

Sumber: BERNAMA
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki cedera parah akibat diserang dan ditetak di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, pada Rabu.

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki cedera parah akibat diserang dan ditetak di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan semalam hasil maklumat dan risikan dijalankan pihak polis.

Advertisement

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dan mengenal pasti motif kejadian.

"Wanita itu kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia 33 tahun kini dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.

Rabu lepas, seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah sebelum melarikan diri menaiki motosikal.

-- BERNAMA

Must Watch Video