awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan muat naik gambar sentuh sensitiviti agama

Bernama
Bernama
24/05/2023
10:15 MYT
Wanita ditahan muat naik gambar sentuh sensitiviti agama
Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak semalam kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak semalam kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari itu dipercayai telah memuat naik gambar kalimah Allah yang ditatu di badan seorang wanita.
"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping kad sim daripada wanita berkenaan dan beliau direman selama tiga hari sehingga esok," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noorsiah berkata kes wanita berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan," katanya.
Beliau berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita ditahan
#Gombak
#muat naik gambar
#sensitiviti agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan