awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan tipu tawar perkhidmatan dekorasi gubahan belon

Bernama
Bernama
05/12/2022
05:10 MYT
Wanita ditahan tipu tawar perkhidmatan dekorasi gubahan belon
Suspek menjalankan perniagaan menawarkan perkhidmatan dekorasi melalui Instagram sejak Julai lepas dengan harga RM500 ke atas berdasarkan jenis dekorasi permintaan mangsa. - Gambar hiasan/Unsplash
SHAH ALAM: Polis Shah Alam menahan seorang wanita pada Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan tawaran perkhidmatan dekorasi gubahan belon untuk majlis sambutan hari lahir melalui laman Instagram miliknya, thepartyfairy.my.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata penahanan suspek berusia lingkungan 30-an itu dilakukan di sebuah kondominium di Kerinchi, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 pagi.
Mohd Iqbal berkata dalam serbuan tersebut, polis turut merampas beberapa peralatan komputer dan iPad, beberapa pasang kasut, beg tangan dan cermin mata pelbagai jenama serta sampul surat putih mengandungi dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dokumen peguam.
Katanya siasatan awal mendapati suspek menjalankan perniagaan menawarkan perkhidmatan dekorasi melalui Instagram sejak Julai lepas dengan harga RM500 ke atas berdasarkan jenis dekorasi permintaan mangsa.
Menurutnya, pengadu yang berminat mendapatkan perkhidmatan dekorasi telah menghubungi suspek dan telah diarahkan untuk membuat bayaran ke akaun suspek, namun wanita itu gagal menyediakan perkhidmatan tersebut pada hari yang dijanjikan dan pengadu mengalami kerugian sebanyak RM700.
"Semakan mendapati suspek juga terlibat dalam enam lagi kes di Selangor dan Kuala Lumpur dan pihak polis meminta orang awam yang menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan," katanya sambil menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan terutamanya melibatkan transaksi secara dalam talian.
Mohd Iqbal berkata suspek kini direman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#kes penipuan
#perkhidmatan dekorasi
#gubahan belon
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan