[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Wanita ditembak mati depan anak sendiri di Taman OUG

Hakim Rahman 06/07/2016 | 10:08 MYT
Mangsa dipercayai mati akibat terkena lima das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat. - Gambar Astro AWANI
Seorang wanita maut ditembak di hadapan anaknya sendiri di Taman OUG, Jalan Klang Lama di Bukit Jalil, kira-kira 2.45 petang tadi.
Anak mangsa yang berusia lapan tahun turut mengalami kecederaan parah selepas turut terkena tembakan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, mangsa yang berusia 32 tahun itu bekerja sebagai ejen hartanah bersama lima orang anak dan orang gajinya sebelum itu makan di sebuah restoran berdekatan.
"Seorang lelaki bermotosikal kemudiannya datang dan menembak mati mangsa dari jarak dekat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Siasatan awal mendapati suspek melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya terkena di sisi kanan kepala mangsa,
"Manakala satu lagi terkena anak mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.
Menurutnya akibat tembakan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan.
Menurut Rusdi, ada saksi yang mendakwa melihat suspek berlegar-legar di kawasan itu lebih awal sebelum kejadian.
Polis masih lagi menyiasat motif kejadian dan akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenalpasti suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan.
#wanita ditembak mati di hadapan anaknya sendiri di Taman OUG dekat Bukit Jalil pada 2.45 petang Rabu