awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditikam di kedai dobi layan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2023
00:35 MYT
Wanita ditikam di kedai dobi layan diri
Gambar tular lokasi kejadian yang berlaku di sebuah premis dobi layan diri di Seberang Takir, Kuala Nerus pada petang Sabtu. - Foto Media sosial/Sinar Harian
KUALA NERUS: Seorang wanita cedera dipercayai akibat ditikam menggunakan senjata tajam pada bahagian belakang badan dalam kejadian di sebuah premis dobi layan diri di Seberang Takir di sini.
Insiden berlaku pada petang Sabtu itu menyebabkan wanita berusia 31 tahun berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kes itu dalam siasatan.
"Kes melibatkan mangsa seorang wanita dan kita masih menjalankan siasatan termasuk mendapatkan beberapa kenyataan berhubung kejadian itu.
"Setakat ini mangsa hanya ditikam dan siasatan masih dijalankan sama ada ada turut melibatkan kes samun atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi pemberita malam Sabtu.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna dobi layan diri berhati-hati semasa mengunakan perkhidmatan berkenaan terutama pada waktu malam.
"Pemilik premis dobi layan diri dinasihatkan supaya meningkatkan aspek keselamatan di premis masing-masing," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tikam
#Seberang Takir
#senjata tajam
#dobi layan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan