Wanita Islam di negara ini perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan ajakan pihak yang menggunakan jihad dan Islam sehingga menjadi mangsa kegiatan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata amat menyedihkan jika benar dakwaan bahawa ada wanita Malaysia terlibat dalam kumpulan militan itu.
"Walaupun perkara itu tidak pasti kesahihannya, namun saya ingin menyeru kepada semua wanita, jangan pergi buat perkara itu kerana menurunkan martabat seorang wanita. Agama Islam tidak pernah mengajar kita buat benda seperti itu.
"Saya menyeru kepada semua wanita agar jangan mudah terpedaya kerana Islam tidak pernah mengajar jihad yang seperti itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kem Integrasi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Felda Bukit Kuantan di sini pada Khamis.
Rohani mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider pada Rabu yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.
Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.
Bernama
Fri Aug 29 2014
ROHANI: Wanita jangan mudah terpedaya, Islam tidak pernah ajar jihad seksual seperti itu.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
[KOLUMNIS] Tanggungjawab patriotik rakyat sebar ideologi sederhana
Kepelbagaian kaum di Malaysia sebenarnya sangat terdedah dengan jaringan-jaringan konflik yang berpaksikan ideologi ekstremisme.
Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab
ISIS mengesahkan tindakannya menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di aplikasi Telegram.
Asia-Pacific Roundtable ke-35 bincang isu kerjasama di sebalik persaingan
Asia-Pacific Roundtable ke-35 kembali tahun ini dan akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.
Projek LCS perlu diteruskan, projek penting untuk Malaysia - ISIS
Negara telah meletakkan banyak masa dan tenaga dalam projek tersebut dan patutnya pada masa kini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
'Focus in Continuity: Roundtable Series': Program baharu lebih terangkum, menyeluruh di Astro AWANI
Program tersebut akan mendalami dan mengktiraf cabaran utama yang melanda dunia serta mengenal pasti pelbagai arah aliran global yang muncul kini.
Pulau Batu Puteh: Malaysia ada peluang nilai semula strategi - Pakar
Penubuhan pasukan petugas khas berhubung kes Pulau Batu Puteh dilihat sebagai langkah baik untuk menilai semula strategi negara.
AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun
Presiden Demokrat itu sedang menyelesaikan misi pertempuran Amerika dalam dua perang yang dimulakan oleh Presiden George W Bush sewaktu pentadbirannya.
Malaysia-Saudi: Kekal objektif, jangan sibuk hal lain - Penganalisis
Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Herizal Hazri melihat signifikan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi.