awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita kantoi cuba seludup kumbang 'makhluk asing'

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2024
00:45 MYT
Wanita kantoi cuba seludup kumbang 'makhluk asing'
Hanya sebahagian daripada serangga eksotik itu dijumpai masih hidup. - Foto agensi
GUANGZHOU: Pihak berkuasa di China berjaya menggagalkan cubaan seorang wanita yang mahu menyeludup kira-kira 439 kumbang 'makhluk asing' melalui Lapangan Terbang Guangzhou Baiyun di wilayah Guangdong.
Menurut jurucakap Pentadbiran Kastam Am, individu tersebut tiba di lapangan ketiga paling sesak di Beijing itu pada tarikh yang tidak dinyatakan.
"Dia dilihat berdepan kesukaran mengangkat bagasi miliknya untuk proses imbasan. Tetapi, mesin imbasan X tersebut mengesan objek mencurigakan dalam bagasi berkenaan," jelasnya.
Pemeriksaan lanjut akhirnya menjumpai ratusan kumbang yang dibungkus secara berasingan dan sebahagiannya masih lagi hidup dan merayap ke sekeliling beg.
Akhbar Sing Tao Daily melaporkan wanita itu cuba menyembunyikan serangga itu dalam bungkusan makanan ringan sebagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
"Terdapat 11 spesies kumbang yang cuba diseludup termasuk spesies Atlas rhinoceros dan Goliathus orientalis. Kesemuanya dianggap 'makhluk asing' kerana spesies berkenaan bukanlah hidup secara semula jadi di China dan dianggap sebagai serangga eksotik," ujar laporan itu lagi.
Sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa kastam telah mempergiatkan pemeriksaan untuk memerangi pasaran haiwan peliharaan eksotik seperti monyet, buaya dan burung tropika.
Pada awal minggu lalu, pihak berkuasa kastam di Xiamen memintas sebuah kapal yang membawa lebih 20,000 lipas hidup hingga menyebabkan unit kawalan perosak dipanggil kerana bimbang serangga tersebut berisiko menyebarkan bakteria Shigella jika ia terlepas.
Di bawah undang-undang negara itu, penghantaran atau membawa masuk haiwan hidup dan tumbuhan ke Beijing adalah dilarang sama sekali. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#kumbang
#seledup
#lapangan terbang
#makhluk asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan