[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Wanita mangsa ragut diseret di Dataran Merdeka diseru buat laporan

Afiezy Azaman 16/10/2019 | 02:11 MYT
Video berdurasi 20 saat itu memaparkan seorang wanita yang.dipercayai warga emas diseret oleh penunggang motosikal lebih kurang lima meter. - Gambar Astro AWANI
Seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa ragut di kawasan kaki lima berhampiran air pancut Dataran Merdeka di ibu negara masih belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan berkata identiti wanita yang menjadi mangsa dalam kejadian itu masih belum dikenal pasti.
“Polis menyeru wanita berkenaan tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan video yang tular di media sosial, seorang lelaki bermotosikal cuba meragut beg mangsa namun tidak berjaya.
“Kejadian itu menyebabkan wanita tersebut terseret beberapa meter kerana cuba berpaut kepada beg tangan miliknya daripada diragut,” katanya dalam satu kenyataan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video 20 saat menunjukkan mangsa diseret di atas kaki lima dalam keadaan terlentang sebelum peragut melepaskan beg tangan dipegang mangsa.
Peragut dilihat turun daripada motosikalnya sebelum melarikan diri.
#Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan #beg #Dataran Merdeka #Ketua Polis Daerah Dang Wangi #media sosial #motosikal #ragut #video #wanita