awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita mati ketika jalani rawatan tradisional

Sinar Harian
Sinar Harian
28/07/2022
02:50 MYT
Wanita mati ketika jalani rawatan tradisional
Seorang wanita ditemukan mati di rumah pengamal perubatan tradisional di Pandan Perdana pada Rabu. - Gambar hiasan (Foto kecil: Mohamad Farouk)
AMPANG: Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang wanita di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan anaknya berusia 41 tahun telah meninggal dunia pada jam 6.35 petang.
"Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring dan tidak sedarkan diri di ruang tamu di rumah seorang wanita yang juga pengamal perubatan tradisional.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Farouk berkata, mangsa disyaki telah datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu yang lalu.
"Siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan punca kejadian masih lagi disiasat," ujarnya.
Beliau berkata, susulan daripada kejadian itu, polis telah menahan pengamal perubatan tradisional berusia 51 tahun itu pada jam 7.25 malam di rumah tersebut.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang Jaya pada Khamis bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengamal perubatan tradisional
#Pandan Perdana
#Mohamad Farouk Eshak
#Mahkamah Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan