Wanita mati lemas terjatuh jejambat di Pantai Dalam

Nuradilla Noorazam
Disember 25, 2017 14:12 MYT
Seorang wanita lemas selepas terjatuh dari jejambat yang menghubungkan Jalan Pantai Dalam dan Jalan Klang Lama. -Gambar hiasan
Seorang wanita lemas selepas terjatuh dari jejambat yang menghubungkan Jalan Pantai Dalam dan Jalan Klang Lama.
Dalam kejadian jam 7.51 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai M Kasturi, 20 tahun, terjatuh ke dalam Sungai Klang ketika berada di atas jejambat itu bersama rakannya.
Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sejak jam 8 pagi bermula dari kawasan mangsa dilaporkan jatuh hingga ke kawasan Puchong dan Subang.
Mayat mangsa hanya ditemukan kira-kira jam 5 petang tadi dalam keadaan terapung berhampiran Plaza Tol Sunway.
#Klang lama #Kuala Lumpur #lemas #M Kasturi #mati #mayat #Pantai Dalam #sungai klang #wanita