awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, anak perempuan patah tangan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2022
22:30 MYT
Wanita maut, anak perempuan patah tangan
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk akibat langgar sebatang pokok selepas terbabas ke kiri jalan. -Foto ihsan PDRM
BACHOK: Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Beris Lalang, di sini, pada Sabtu.
Kejadian pada jam 10 malam itu mengorbankan kerani swasta terbabit, Aslina Ismail, 46, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun cedera di kepala dan patah tangan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, mangsa memandu kereta jenis Proton Gen 2 bersama anak perempuannya dalam perjalanan dari Besut menghala pulang ke rumah di Kampung Air Deras, Kota Bharu.
“Apabila sampai di Jalan Beris Lalang, Bachok, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan kemudian terus merempuh sebatang pokok.
“Mangsa dikejarkan Klinik Kesihatan Bachok untuk rawatan awal namun disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 10.15 malam,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Ahad.
Mohamad Ismail berkata, anak perempuan mangsa masih dirawat di hospital.
Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aslina Ismail
#Jalan Beris Lalang
#ibu maut anak perempuan cedera
#kereta terbabas langgar pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan