awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dalam kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2023
07:27 MYT
Wanita maut dalam kebakaran
Keadaan kebakaran di ruang dapur di sebuah rumah kedai di Taman Overseas Union pada Ahad. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut dalam kebakaran membabitkan ruang dapur sebuah rumah kedai di Taman Overseas Union di sini, pada Ahad.
Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairul Nizat Mohammad Rokhi berkata, mangsa berusia 47 tahun itu ditemukan telah meninggal dunia di dalam bilik di kediaman itu.
"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 pagi. Sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam melibatkan ruangan dapur dalam rumah kedai tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Khairul Nizat berkata, keluasan ruangan dapur dianggarkan 0.93 X 0.93 meter persegi.
"Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wanita maut
#kebakaran
#Taman Overseas Union
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan