Wanita maut dalam kebakaran tiga rumah

Astro Awani
September 30, 2023 03:09 MYT
Seorang wanita maut dalam kebakaran tiga buah rumah di Bagan Teo Chew, Klang, Selangor, pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut dalam kebakaran tiga buah rumah di Bagan Teo Chew, Klang, Selangor.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mayat wanita berusia 49 tahun itu ditemui ditemui jam 10.05 malam, pada Jumaat.
"Kebakaran melibatkan tiga buah rumah bangunan kelas C yang terbakar 90 peratus dan terdapat tiga buah bot nelayan yang ditambat di hadapan rumah turut terbakar.
"Seorang wanita dilaporkan berada di dalam rumah semasa kebakaran dan pihak bomba terpaksa menunggu air surut sebelum menemui mayat mangsa di tiang rumah yang telah musnah," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
#wanita maut #kebakaran #Bagan Teo Chew #bomba Selangor