KOTA BHARU: Seorang wanita maut dihempap lori simen yang dipercayai mengalami kerosakan brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Cemerlang, di sini petang tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Roslina Anat Lat, 47 tahun.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Mohd Suhaimi Ali berkata lori yang membawa muatan simen itu dipercayai membelok ke arah kiri selepas menyedari brek gagal berfungsi.
Lori berkenaan datang dari arah bertentangan manakala kereta mangsa berada di persimpangan lampu isyarat.
Pemandu lori berkenaan bertindak membelok ke kiri bagi mengelak dari melanggar kenderaan di hadapan.
Menurut Mohd Suhaimi lagi, lori berkenaan yang hilang kawalan terbalik dan menghempap kereta jenis Perodua Kelisa dinaiki mangsa.
Pihak bomba dan penyelamat terpaksa dipinggal bagi membawa keluar mangsa yang tersepit.
Operasi membawa keluar mangsa berdepan kesukaran kerana muatan simen yang turut tumpah di atas kereta.
Muhafandi Muhamad
Sat Jan 22 2022

Lori berkenaan yang hilang kawalan terbalik dan menghempap kereta jenis Perodua Kelisa dinaiki mangsa. - Foto media sosial

Pemalsuan Dokumen | Peguam akan buat rayuan
Datuk Peter Anthony ketika ditemui selepas selesai prosiding memberitahu, peguamnya akan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen itu. Terdahulu, Hakim Azura Alwi membenarkan penangguhan bagi hukuman penjara sementara rayuan, namun tertuduh perlu menjelaskan denda RM50 ribu hari ini.

Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.

Games Bagus | Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia
Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dengan mencetuskan kesedaran mengenai isu semasa. Itu keunikan program Games Bagus dianjurkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dengan kerjasama Biji-biji Initiative dan Synapze.

Hajiji gesa GLC bayar dividen RM1 juta mulai tahun ini
Hajiji gesa GLC Sabah membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.

Pelancongan | Cuaca tidak menentu tak jejas kemasukan pelancong - Nancy
Perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini tidak akan menjejaskan kemasukan bilangan pelancong dari luar ke dalam negara, jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri

Banjir Kilat | Tingkatkan sistem perparitan di Kuala Lumpur untuk tangani banjir kilat
Longkang-longkang tersumbat terutama di kawasan-kawasan pembinaan dan pasar merupakan punca utama berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Ketetapan untuk tindakan menyatukan bangsa
Sidang Penyatuan Bangsa anjuran Majlis Perundingan Melayu capai kata sepakat usaha yang perlu diambil untuk mengukuhkan jihad.

Lelaki kurang siuman ganggu pengguna jalan raya ditahan di Jalan Kunak-Semporna
Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Kunak-Semporna pada Rabu.

Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar
Yang akan terkesan dengan keputusan Zuraida ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.

Menteri Luar Jepun, Malaysia sepakat bekerjasama bangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur.

Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Timbalan Ketua Polis Kedah, isteri terselamat kemalangan jalan raya
Kemalangan berlaku di Kilometer 17.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Jalan Changlun-Alor Setar, berhadapan stesen minyak Napoh, Kubang Pasu pada pukul 3.50 petang.

Pandu secara laju punca utama kemalangan babitkan bas ekspres di Kelantan
Sikap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan merupakan penyebab utama kemalangan membabitkan bas ekspres di Kelantan, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Shu

Motosikal 150cc ke atas bakal diwajibkan pasang brek ABS - Wee
Penguatkuasaannya bagaimanapun hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kajian terperinci Miros.

Tragedi 5 penuntut USAS: Keputusan audit keselamatan treler nahas minggu depan
JPJ sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi tersebut.

Penumpang cedera, kereta bertembung bas ekspres
Pemandu kereta selamat manakala penumpang di sebelahnya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan.

Pelajar Tingkatan Empat tunggang motosikal ibu maut kemalangan
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Persiaran Jubli Perak pada Jumaat.

Polis kesan kenderaan, saksi babit kemalangan maut
Polis sedang mengesan kenderaan dan saksi berhubung kemalangan maut membabitkan seorang pelajar Politeknik Merlimau awal pagi tadi.

Pacuan empat roda rempuh ambulans, tiga cedera
Tiga individu cedera ringan dalam kemalangan membabitkan ambulans swasta dan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 19.5, Jalan Kuching-Bau di sini, pada Khamis.

Murid Tahun 4 sempat hadir sambutan Aidilfitri di sekolah sebelum maut digilis lori
Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam pada Khamis.