awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dilanggar remaja 14 tahun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/10/2023
01:40 MYT
Wanita maut dilanggar remaja 14 tahun
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Jalan Kuala Kedah. - Foto PDRM
ALOR SETAR: Seorang wanita maut manakala kakaknya parah selepas motosikal Honda Wave dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, petang, semalam.
Mangsa, Nur Syafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan manakala kakaknya, Nooraliza, 43, yang membonceng motosikal mengalami kecederaan di dada, pinggang dan kaki kiri.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, Pejabat pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima maklumat berhubung kemalangan jalan raya yang berlaku di lokasi kejadian pada jam 7.05 petang membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi dua beradik itu dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah manakala kereta Proton Satria terbabit dari arah bertentangan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu hilang kawalan melanggar pembahagi tengah jalan lalu memasuki jalan bertentangan terus merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.
"Kejadian berlaku ketika cuaca hujan dan jalan basah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Syed Basri berkata, remaja perempuan terbabit hanya mengalami luka di bahagian hidung.
Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati remaja terbabit tidak memiliki lesen dan sudah tidak bersekolah.
Katanya, mayat penunggang motosikal itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat manakala turut dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama untu rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#remaja
#Syed Basri Syed Ali
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan