awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
LHDN rangka strategi lebih adil agih bayaran balik cukai, utamakan PMKS
Kerajaan komited pastikan penyasaran subsidi tidak bebankan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dirempuh ketika bantu penunggang motosikal kemalangan

Bernama
Bernama
31/10/2021
08:32 MYT
Wanita maut dirempuh ketika bantu penunggang motosikal kemalangan
Dua maut akibat dirempuh oleh sebuah kereta dalam kemalangan di Solaria Residences, Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas dekat sini malam tadi.
GEORGE TOWN: Dua maut akibat dirempuh oleh sebuah kereta dalam kemalangan di Solaria Residences, Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas dekat sini malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu dikatakan berlaku semasa Suhaila Zainol Abidin, 45, bersama seorang rakannya cuba membantu seorang penunggang motosikal Faizal Abu Bakar, 33, yang terjatuh selepas terbabas di jalan berkenaan.
Menurut sumber polis, sebuah kereta kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh Suhaila serta Faizal, mengakibatkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya rakan wanita Suhaila yang berusia lingkungan 30-an dan pemandu kereta Proton Wira iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun, mengalami kecederaan parah akibat kemalangan, dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita maut dirempuh
#motosikal
#Solaria Residences
#Bayan Lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan