awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut disyaki didera suami

Bernama
Bernama
13/09/2023
04:35 MYT
Wanita maut disyaki didera suami
Hasil pemeriksaan awal yang dibuat ke atas mayat mangsa oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa. -Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang wanita meninggal dunia disyaki didera oleh suaminya di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 Sept lepas, kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa.
Beliau berkata pihak polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan tentang seorang wanita berusia 38 tahun yang tidak sedarkan diri disyaki telah meninggal dunia pada kira-kira 4 petang.
"Hasil pemeriksaan awal yang dibuat ke atas mayat mangsa oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ekoran daripada maklumat itu, polis telah membuat tangkapan terhadap suspek iaitu suami mangsa berumur 35 tahun pada keesokannya dan ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Sept.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita maut disyaki didera suami
#Jalan Bagan Sungai Janggut
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Ramli Kasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan