awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, kereta dihempap pokok tumbang

Sinar Harian
Sinar Harian
31/10/2023
13:45 MYT
Wanita maut, kereta dihempap pokok tumbang
Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ulu Yam-Gombak, pada Selasa. - Sinar Harian
GOMBAK: Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ulu Yam-Gombak, di sini, pada Selasa.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.14 petang.
"Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zulfikar berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebatang pokok telah menghempap sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 40-an.
"Kerja-kerja memotong pokok dilakukan untuk mengeluarkan mangsa tersepit. Wanita itu kemudian dibawa keluar dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dihempap pokok
#wanita
#Pokok tumbang
#Jalan Ulu Yam-Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan