BAGAN SERAI: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 182.6 Lebuhraya utara selatan arah utara, dekat sini petang Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Lau Boon Lan, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 6.08 petang.
Seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal skuter jenis Honda Vario telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Mangsa disahkan maut oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ujar kenyataan itu, anggota bomba kemudiannya bertindak membantu mengangkat mayat dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Zakaria Mustafa itu tamat pada jam 6.54 petang.