awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita melecur di kaki, tangan selamatkan diri rumah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2022
23:03 MYT
Wanita melecur di kaki, tangan selamatkan diri rumah terbakar
Seorang wanita mengalami lecur di kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Medan Klebang Restu. -Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang wanita mengalami lecur di kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Medan Klebang Restu dekat sini pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan ketika membuka pintu biliknya sebaik menyedari api mula marak.
Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 5.48 petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, mangsa berjaya menyelamatkan diri, namun mengalami sedikit lecur sekitar 10 peratus di bahagian kaki dan tangan.
Menurutnya, mangsa kemudiannya telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian sebelum di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran 'hose reel' sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 6.42 petang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Medan Klebang Restu
#wanita mengalami lecur di kaki dan tangan
#kebakaran sebuah rumah
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan