awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita melecur di muka dan kaki, rumah musnah terbakar

Azee Shafy
Azee Shafy
20/04/2022
04:40 MYT
Wanita melecur di muka dan kaki, rumah musnah terbakar
Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 18.5 meter persegi yang musnah terbakar. - Foto JBPM
PEKAN: Dua wanita cedera akibat melecur pada kaki dan muka dalam kebakaran di rumah mereka dekat Kampung Pahang Tua, di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi menyebabkan kedua-dua mangsa yang difahamkan salah seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU) terpaksa dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang berkata, sepasukan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Peramu bersama jentera dikejarkan ke lokasi.
"Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 18.5 meter persegi yang musnah terbakar dengan kadar peratusan sehingga 70 peratus.
"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran menggunakan sumber air tangki pam jentera bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak forensik bomba akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Pekan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#melecur di muka
#Pahang
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan