GEORGE TOWN: Seorang wanita melecur selepas dibakar suaminya dengan menggunakan minyak petrol dalam kejadian di sebuah rumah dalam ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam selepas pasangan itu dikatakan bertengkar berikutan perselisihan faham antara mereka.
Menurutnya, ketika kejadian empat orang anak pasangan itu berada di dalam bilik sebelum mereka mendengar pertengkaran yang berlaku.
"Salah seorang anak mangsa cuba keluar bilik namun pintu ditolak dari luar. Bagaimanapun dia berjaya keluar dari bilik berkenaan tidak lama kemudian dan melihat ibunya terbakar di bahagian badan.
"Difahamkan, anak mangsa turut melihat bapanya cuba memadamkan api, namun bertindak melarikan diri apabila api pada badan mangsa semakin merebak," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, pihak polis yang menerima laporan kejadian berkenaan daripada jiran mangsa bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.
Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian, polis turut menemui botol berisi minyak petrol dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek untuk membakar isterinya.
Beliau berkata, mangsa yang melecur 27 peratus sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan sebelum ini pernah mencederakan mangsa.
"Mereka yang telah berkahwin selama lima tahun mempunyai empat orang anak berusia antara 10 hingga 13 tahun," katanya lagi.
Beliau berkata, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 01 2023
Mohd Asri menunjukkan keadaan mangsa yang melecur akibat dibakar dengan minyak petrol oleh suaminya sendiri. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Wanita melecur dibakar suami
Seorang wanita melecur selepas dibakar suaminya dengan menggunakan minyak petrol dalam kejadian di sebuah rumah di Tasek Gelugor.
Tong gas memasak meletup, wanita melecur pada muka dan badan
Seorang wanita melecur pada bahagian badan dan muka selepas tong gas di rumah sewanya di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang meletup.