Wanita mengaku tidak bersalah ludah polis, hina Islam

Siew Li dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang pengurus jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini atas tiga pertuduhan meludah anggota polis, menunjukkan isyarat lucah dan menghina agama Islam, akhir Disember lalu.
Ringkasan AI
- Pengurus jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tiga pertuduhan meludah anggota polis, menunjukkan isyarat lucah, dan menghina agama Islam pada akhir Disember lalu.
- Teoh Siew Li, 35 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang melibatkan tindakan meludah ke arah anggota polis, mengeluarkan perkataan mengaibkan, dan menghina agama Islam.
- Mahkamah membenarkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin sambil menetapkan 20 Januari sebagai tarikh sebutan kes; pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan negeri tanpa kehadiran peguam bagi pihak tertuduh.
Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengeluarkan perkataan mengaibkan dan menunjukkan jari tengah kepada anggota polis sama pada tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang jika didapati bersalah, boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Wanita itu turut didakwa sengaja melukakan perasaan penganut Islam dengan mengeluarkan perkataan menghina agama Islam, di lokasi serta masa sama dan kes didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jan ini untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh Teoh Siew Li di Mahkamah Majistret Alor Setar? A: Teoh Siew Li dihadapkan ke Mahkamah atas tiga pertuduhan, termasuk meludah anggota polis, menunjukkan isyarat lucah, dan menghina agama Islam.
- Q: Apakah hukuman yang mungkin dijatuhkan ke atas Teoh Siew Li jika sabit kesalahan bagi pertuduhan yang dikenakan kepadanya? A: Jika sabit kesalahan, Teoh Siew Li boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali bagi pertuduhan pertama, serta penjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali bagi pertuduhan kedua.
- Q: Apakah tarikh ditetapkan untuk sebutan kes Teoh Siew Li? A: Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes bagi Teoh Siew Li pada 20 Januari.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

