Wanita mengandung ditemui mati dalam kereta

Astro Awani
Jun 2, 2020 00:15 MYT
Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke PPUM Petaling Jaya untuk dibedah siasat. - Astro AWANI
Seorang wanita mengandung ditemui mati di dalam sebuah kereta yang parkir di Apartment Gugusan Semarak, Kota Damansara malam tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil maklumat suami mangsa mendapati pasangan terbabit telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.
Namun kerana komplikasi kandungan, mangsa diarah untuk ke Hospital Sungai Buloh.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan singgah sementara di rumah untuk mengambil pasport mangsa.
Malangnya, sebaik kembali ke kenderaan,dia mendapati isterinya telah meninggal dunia.
Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
#hospital swasta #komplikasi #Kota Damansara #mati mengejut #mengandung #meninggal dunia #Nik Ezanee Mohd Faisal #parkir #Petaling Jaya #polis #wanita