awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita menyamar staf Bank Negara didakwa perdaya ibu angkat hampir RM40,000

Bernama
Bernama
10/07/2024
10:08 MYT
Wanita menyamar staf Bank Negara didakwa perdaya ibu angkat hampir RM40,000
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan memperdaya ibu angkatnya dengan menyamar sebagai staf Bank Negara empat tahun lepas. -Gambar hiasan
MELAKA: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan memperdaya ibu angkatnya dengan menyamar sebagai staf Bank Negara empat tahun lepas.
Tertuduh Norhana Adam, 38, didakwa memperdayakan Latipah Abdul Rahmah, 64, dengan menyamar sebagai staf Bank Negara bernama "Ary" hingga mendorong mangsa membuat bayaran sebanyak RM39,450 menerusi 19 transaksi ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Batu 4 1/4 Kampung Alai dalam daerah Melaka Tengah pada 16 Nov 2020 hingga 9 Feb 2021.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Wardah Ishhar yang mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Peguam tertuduh memohon jaminan rendah dikenakan memandangkan anak guamnya itu telah bercerai dan baru bekerja di kedai makan dengan pendapatan rendah serta perlu menanggung ibu bapanya.
Majistret Khairunisak Hassni kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen serta lantikan peguam.
Pada 21 Jun lepas, tertuduh juga didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana menipu rakannya hingga menyebabkan mangsa kerugian RM416,000 dengan menyamar sebagai pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka bernama "Manja Bunga Lestari" tahun lepas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Norhana Adam
#perdaya ibu angkat
#staf Bank Negara
#Latipah Abdul Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan