awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja dipenjara setahun

Bernama
Bernama
31/10/2025
07:45 MYT
Wanita muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja dipenjara setahun
Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu selepas Persana Avril Sollunda menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut wanita dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memuat naik hantaran video dan gambar sijil nikah palsu membabitkan dirinya dengan seorang kerabat diraja, Februari lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang tukang urut wanita dipenjara setahun selepas mengaku bersalah memuat naik video dan gambar sijil nikah palsu membabitkan dirinya dengan seorang kerabat diraja di TikTok.
  • Kesalahan dilakukan pada Februari lalu melalui akaun "king.charles.ratu" dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun.
  • Pendakwaan menekankan kesan serius perbuatan tersebut kerana mengganggu keharmonian institusi diraja, manakala peguam memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh mengalami trauma dan masalah kesihatan mental.

Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu selepas Persana Avril Sollunda, 43, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes hari ini, dan memerintahkan tempoh penjara bermula dari tarikh tangkap 18 Jun.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam sebuah video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat untuk mengganggu orang lain pada 25 Feb.
Hantaran itu kemudian dibaca pada 10 pagi 26 Feb di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Menara KPJ di sini.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kesalahan dilakukan adalah serius dan mengganggu institusi diraja.
"Perbuatan itu memberi kesan meluas kepada masyarakat kerana hantaran tersebut ditularkan orang ramai dan mengganggu keharmonian institusi diraja.
"Mohon hukuman berbentuk penjara sebagai langkah pencegahan agar menjadi pengajaran kepada orang ramai dan tertuduh supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan," katanya.
Peguam Datuk Noor Svetlana Mohd Noordin memohon hukuman sewajarnya atas alasan wanita itu mengalami trauma kesan perkahwinan terdahulu dan sering mendapatkan rawatan kesihatan mental.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tukang urut wanita
#sijil nikah palsu
#kahwin kerabat diraja
#Persana Avril Sollunda
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan