MALAYSIA
Wanita nyaris maut, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL di Batu Caves
Keadaan kereta mangsa yang remuk ditimpa runtuhan binaan ECRL di lokasi kejadian. -Gambar JBPM Selangor
BATU CAVES: Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaannya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Jalan MRR2, di sini, petang Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa, Gogilavani Ponnar, dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.
Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi, dan pasukan tiba pada jam 2.14 petang.
"Jentera pertama tiba pada pukul 2.14 petang, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah kereta Suzuki Swift," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Kata Ahmad Mukhlis, operasi itu disertai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Beliau memberitahu, siasatan mengenai punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan.