KUALA PILAH: Seorang wanita orang kurang upaya(OKU) dilaporkan hilang ketika menunggu nombor giliran mengambil ubat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima laporan berhubung kehilangan Rabaah Laily, 33, yang merupakan OKU bisu dan lemah daripada ibunya pada Jumaat lalu.
"Pengadu memberitahu pada 19 Januari lalu, jam 10 pagi telah ke Pusat Kesihatan Mental Masyarakat di Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan anaknya.
"Pada jam 11 pagi, pengadu bersama anaknya telah ke bahagian Farmasi HTAN untuk mengambil ubat, namun menyedari mangsa tiada ketika sedang urusan menunggu nombor giliran," katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.
Menurutnya, pengadu cuba mencari anaknya dengan bertanya kepada pengawal keselamatan bertugas namun tiada maklumat diperoleh.
Kata Amran, bertindak atas laporan, polis telah pun merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
"Difahamkan sebelum hilang, mangsa yang berkulit putih dengan ketinggian 160 sentimeter dengan anggaran berat 74 kilogram memakai baju berwarna coklat belacan, seluar coklat, tudung coklat belang hitam dan kasut warna cerah.
"Mangsa juga berambut lurus pendek, mempunyai kening tebal, berhidung mancung dan terdapat tanda pembedahan di pergelangan tangan sebelah kiri," katanya.
Tambahnya, mangsa merupakan pesakit psikiatri dan masih menerima rawatan sejak berusia 15 tahun. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023

Raabah Laily dilaporkan hilang ketika menunggu nombor giliran mengambil ubat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini pada Khamis. - Sinar Harian

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Wanita OKU hilang di hospital
Seorang wanita orang kurang upaya(OKU) dilaporkan hilang ketika menunggu nombor giliran mengambil ubat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.