Wanita Orang Asli maut dipijak gajah

Sinar Harian
Ogos 14, 2023 03:58 MYT
Mangsa dijumpai penduduk dalam keadaan parah namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran. - Gambar/ Sinar Harian
GERIK: Seorang wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zaitun dikatakan diserang haiwan liar berkenaan ketika berada di belakang rumahnya.
Difahamkan, mangsa dijumpai penduduk dalam keadaan parah namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi memaklumkan siasatan sedang dijalankan. - Sinar Harian
#Orang Asli #gajah #maut #Gerik