awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita parah selepas kereta terbabas, terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2022
02:16 MYT
Wanita parah selepas kereta terbabas, terbakar
Anggota bomba menjalankan kerja memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Maju Expressway, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
SERDANG: Seorang wanita parah apabila kereta jenis Proton Saga BLM dinaikinya terbakar selepas merempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Maju Expressway (Mex) di sini, pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.46 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 4.12 pagi.
"Sebuah Proton Saga BLM dipandu seorang lelaki bersama wanita terbabit dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori satu tan.
"Pelanggaran itu mengakibatkan kereta tersebut terbabas dan terbakar, bagaimanapun kedua mangsa berjaya keluar daripada kenderaan yang terbakar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat
Katanya, kebakaran kemudian berjaya dikawal serta dipadamkan.
"Terdapat tiga mangsa terlibat iaitu penumpang Proton Saga BLM tersebut iaitu seorang wanita berumur 20-an, pemandu Saga BLM, seorang lelaki berumur 20-an dan pemandu lori berumur 40-an.
"Bagaimanapun, hanya penumpang Saga BLM tersebut cedera parah manakala dua lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Menurutnya, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. - Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kereta terbakar
#Lebuhraya MEX
#rempuh lori
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan