MALAYSIA
Wanita perlu proaktif dalam perbincangan tadbir urus dan undang-undang negara
Zainah menegaskan terdapat perbezaan antara perbincangan teologi dan polisi awam yang mempengaruhi kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Orang ramai, terutamanya wanita, diseru agar secara aktif terlibat dalam perbincangan mengenai tadbir urus dan undang-undang negara termasuk perkara berkaitan Islam.
Pengasas bersama SIS Forum dan Musawah, Zainah Anwar, menegaskan terdapat perbezaan antara perbincangan teologi dan polisi awam yang mempengaruhi kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.
“Jika kita berbicara mengenai Islam pada tahap ilmiah atau teologi, sudah tentu para ulama mempunyai hak dan kuasa. Tetapi apabila kepakaran itu digunakan untuk dijadikan undang-undang atau dasar untuk mentadbir kehidupan rakyat, ia adalah isu yang berbeza.
"Ini melibatkan undang-undang awam dan dasar awam. Kita bukan sebuah negara diktator teokratik, tetapi negara demokratik,” katanya dalam Forum ACG: Agama dan Tadbir Urus dalam Negara Bangsa Demokratik pada Rabu.
Zainah menekankan kepentingan orang ramai membina pengetahuan dan keberanian untuk terlibat dalam perbincangan berkaitan undang-undang Islam termasuk isu jantina dan hak asasi manusia.
Menyentuh pengaruh Islamis politik iaitu individu atau kumpulan yang menjadikan ideologi Islamisme sebagai asas perjuangan politik mereka, Zainah mendakwa golongan ini adalah 'pelakon politik' yang menggunakan agama untuk mengekalkan kuasa.
“Mereka bukan pengikut Islam sebenar, tetapi pelakon politik. Mereka radikal, memanggil orang dengan pelbagai label seperti antituhan, antisyariah, dan anti-Islam.
"Mereka menganggap diri sebagai cendekiawan agama, berpendidikan dalam pengajian Islam di Asia Barat, dan merasakan hanya mereka berhak bercakap mengenai Islam.
“Pemimpin politik pula kadangkala memanfaatkan keadaan ini untuk mendapatkan legitimasi agama tanpa mahu berurusan dengan perubahan pantas, dan membiarkan golongan Islamis politik menjalankan aktiviti mereka termasuk berdemonstrasi untuk menyokong agenda tertentu,” tambahnya.
Zainah mengingatkan orang ramai agar memahami hak Perlembagaan mereka dan secara aktif menyertai pembentukan dasar awam.
Katanya, ini penting untuk memastikan peranan Islam dalam tadbir urus dijalankan secara adil, inklusif, dan selaras dengan prinsip demokratik.