awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rosakkan telefon, pukul pelajar dengan buku ditahan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
06/08/2023
00:30 MYT
Wanita rosakkan telefon, pukul pelajar dengan buku ditahan
Seorang wanita ditahan selepas merosakkan telefon bimbit dan memukul seorang pelajar dengan buku di pekarangan sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan selepas merosakkan telefon bimbit dan memukul seorang pelajar dengan buku di pekarangan sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima laporan daripada pelajar berusia 20 tahun itu, Khamis lalu.
"Pada jam 2 petang, mangsa bersama rakannya yang berada di perkarangan kolej didatangi seorang wanita yang meminta tolong untuk meminjam telefon bimbit mangsa.
"Tetapi mangsa dan rakannya memberitahu telefon bimbit sedang digunakan untuk tugasan pembelajaran dan secara tiba-tiba suspek merampas telefon bimbit berkenaan dan terus melemparkannya di jalan raya sehingga rosak.
"Mangsa kemudian meminta suspek untuk bertanggungjawab dan suspek memasuki kedai serbaneka kononnya untuk berbincang," katanya dalam satu kenyataan, pada lewat malam Sabtu.
Mohd Zaid berkata, ketika itu pihak polis telah tiba di lokasi kejadian dan meminta mangsa membuat laporan polis.
"Ketika itu dengan tiba-tiba, suspek telah mengambil sebuah buku dan memukul kepala mangsa.
"Kedua-dua kejadian tersebut telah dirakam oleh rakan mangsa dan tular di media sosial," ujarnya.
Sehubungan itu, Mohd Zaid berkata, pihaknya telah menahan suspek yang berusia 51 tahun itu dan merampas buku berkenaan.
"Suspek telah direman selama tiga hari sehingga Ahad untuk tujuan siasatan," katanya. Kes disiasat di bawah seksyen 427/324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#wanita rosakkan telefon
#pukul pelajar
#rampas telefon bimbit
#pelajar kolej swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan