awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi lebih RM255,000 akibat pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
30/10/2025
14:01 MYT
Wanita rugi lebih RM255,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pada 26 Ogos dan ditawarkan peluang menyertai pelaburan.
KUCHING: Seorang wanita tempatan berusia 46 tahun kerugian RM255,834.50 selepas terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud dalam talian pada Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa mendakwa dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pada 26 Ogos dan ditawarkan peluang menyertai pelaburan itu.
"Mangsa tertarik selepas membaca maklum balas ahli kumpulan mendakwa memperoleh keuntungan tinggi dan pantas.
"Dia diarahkan memuat turun satu aplikasi dan membuat 15 transaksi ke enam akaun bank sebagai sebahagian daripada pelaburan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata wanita itu sedar ditipu selepas suspek memberi pelbagai alasan semasa mangsa mahu menebus keuntungan dipaparkan dalam aplikasi itu.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 92 kes melibatkan modus operandi sama dilaporkan melibatkan kerugian RM10.73 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#scam
#WhatsApp
#mangsa kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan