MALAYSIA

Wanita rugi RM15,000 disamun ketika bekerja

Bernama 10/11/2025 | 07:30 MYT
Menurut polis, mangsa berusia 20 tahun mengalami calar pada bahagian tangan dan leher apabila dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher emas yang dipakainya dirampas secara paksa.
JERTIH: Seorang pembantu kedai wanita berdepan detik cemas apabila disamun seorang lelaki di tempat kerjanya di bandar Jertih di sini petang semalam.


Ringkasan AI
  • Seorang pembantu kedai wanita disamun seorang lelaki di bandar Jertih, menyebabkan kerugian mangsa kira-kira RM15,000, dengan calar pada tangan dan leher.
  • Suspek yang belum dikenal pasti merampas dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher emas mangsa di kedai pakaian.
  • Polis Daerah Besut masih mencari suspek dan menerima maklumat berkaitan kes samun tersebut; rakaman kamera litar tertutup menunjukkan insiden penyamunan berlaku.


Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad berkata dalam kejadian 6.50 petang itu mangsa berusia 20 tahun mengalami calar pada bahagian tangan dan leher apabila dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher emas yang dipakainya dirampas secara paksa, menyebabkan wanita itu kerugian kira-kira RM15,000.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis pada 8.10 malam tadi memberitahu ketika dia berada di tempat kerjanya iaitu sebuah premis kedai pakaian, tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar warna biru dan jaket berwarna coklat.

"Suspek terus mengambil barang kemas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri dan polis masih giat mengesan suspek.

"Sebarang maklumat berkaitan suspek boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nurazam Rapail di talian 09-695 6222 sambungan 5913," katanya dalam kenyataan hari ini, sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup berdurasi kira-kira satu minit memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar masuk ke dalam sebuah premis pakaian sebelum bertindak menyamun seorang wanita.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada seorang pembantu kedai wanita di bandar Jertih semalam?
    A: Wanita tersebut disamun oleh seorang lelaki yang merampas dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher emas yang dipakainya, menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000.
  • Q: Bagaimanakah penampilan suspek yang merampas barang kemas wanita tersebut?
    A: Suspek memakai topi keledar warna biru dan jaket berwarna coklat ketika merampas barang kemas daripada wanita di premis kedai pakaian.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh mangsa selepas disamun?
    A: Mangsa membuat laporan polis pada 8.10 malam dan polis masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes samun di bandar Jertih tersebut.



#pembantu kedai wanita #disamun ketika bekerja #rampas barang kema #Jertih