MALAYSIA
Wanita rugi RM56,000 ditipu 'pegawai insurans'
Mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah syarikat insurans tempatan.
KUCHING: Seorang wanita berusia 41 tahun kerugian RM56,000 selepas terperdaya dengan panggilan telefon daripada individu menyamar pegawai syarikat insurans dan anggota polis.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata kejadian berlaku pada 4 Sept lepas ketika mangsa sedang bekerja dan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah syarikat insurans tempatan.
Beliau berkata suspek memaklumkan bahawa maklumat peribadi mangsa telah digunakan untuk membuat tuntutan insurans palsu berjumlah RM68,000 di Hospital KPJ Damansara, Petaling Jaya, Selangor bagi tempoh 10 hingga 16 Jun lepas.
"Apabila mangsa menafikan perkara tersebut, panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu lain yang memperkenalkan diri sebagai "sarjan polis" daripada IPD Bukit Aman yang mendakwa kes berkenaan disiasat oleh seorang "inspektor polis" atas kesalahan penggubahan wang haram.
"Mangsa kemudiannya diarahkan membuat beberapa transaksi bagi menyelesaikan kes tersebut dan telah memindahkan wang sebanyak RM56,000 ke dalam empat akaun bank berbeza sebelum menyedari dirinya ditipu setelah memaklumkan perkara itu kepada suaminya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata dari tempoh 1 Jan hingga 10 Nov tahun ini, 91 kertas siasatan telah dibuka melibatkan modus operandi penipuan yang sama dengan jumlah kerugian keseluruhan lebih RM4.66 juta
-- BERNAMA