awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita rugi RM62,000 terperdaya penyamar polis

Bernama
Bernama
27/06/2025
14:00 MYT
Sponsor Banner
Wanita rugi RM62,000 terperdaya penyamar polis
Azamuddin Ahmad @ Abu berkata wanita berusia 19 tahun yang tidak bekerja itu telah menjawab panggilan telefon ayahnya daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil Ibu Pejabat Touch 'n Go di Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
JERTIH: Seorang wanita kerugian RM62,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata wanita berusia 19 tahun yang tidak bekerja itu telah menjawab panggilan telefon ayahnya daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil Ibu Pejabat Touch 'n Go di Kuala Lumpur.
"Individu terbabit mendakwa ayah mangsa mempunyai saman berjumlah RM25,000 berkaitan akaun Touch 'n Go sebelum panggilan itu kononnya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, dan mangsa bercakap dengan seorang pegawai polis.
"Mangsa bertambah panik apabila dimaklumkan bahawa akaun bank atas namanya terlibat dengan kes penggubahan wang haram dan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azamuddin berkata suspek meminta mangsa membayar RM60,000 jika ingin membersihkan namanya dan kerana takut mangsa sanggup menjual barang kemas milik ibunya yang merupakan seorang pesara guru untuk mendapatkan wang bagi membuat pembayaran seperti yang diarahkan.
Kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#pesara guru
#barang kemas
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami