awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita sarat mengandung sesak nafas, dua penduduk cedera terperangkap dalam lif

Bernama
Bernama
19/06/2016
12:38 MYT
Wanita sarat mengandung sesak nafas, dua penduduk cedera terperangkap dalam lif
Dalam kejadian kira-kira 10 malam Sabtu, seorang kanak-kanak perempuan hampir pengsan ketika berada bersama tujuh orang dalam sebuah lif
Seorang wanita sarat mengandung sesak nafas manakala dua penduduk cedera selepas terperangkap dalam lif selama hampir sejam di Pangsapuri Ampang Jajar, Mak Mandin di sini, malam Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, seorang kanak-kanak perempuan hampir pengsan ketika berada bersama tujuh orang dalam sebuah lif untuk ke rumah masing-masing di Blok A pangsapuri setinggi 19 tingkat itu.
Seorang mangsa, M.Selvi, 40, berkata ketika berada dalam lif, tiba-tiba mereka terdengar dentuman kuat sebelum siling lif runtuh dan terhenti di tingkat 14.
"Masa itu, bumbung lif yang terjatuh telah menimpa dua penduduk menyebabkan mereka cedera dan dalam masa yang sama pintu lif tidak boleh dibuka kerana tersangkut.
"Keadaan menjadi kelam kabut kerana kami sukar bernafas dan seorang wanita mengandung mengalami sesak nafas dan anaknya hampir pengsan," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Selvi berkata mereka yang berada dalam lif itu bertindak menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila ada penduduk lain terdengar dan cuba membuka pintu lif dengan menggunakan besi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mak Mandin, Samsudin Mat berkata sebaik dimaklumkan tentang kejadian itu dia dan beberapa penduduk bergegas menyelamatkan mangsa terperangkap.
"Sebaik sampai di tempat kejadian, saya dengar mangsa menjerit meminta tolong melalui celah pintu lif yang terbuka sedikit. Kami cungkil pintu lif sehingga mangsa dapat keluar seorang demi seorang," katanya.
Katanya kejadian itu bukan pertama kali berlaku, namun sebelum ini tiada mangsa yang cedera atau sesak nafas.
"Nasib baik dua wanita yang cedera itu tidak serius, cuma lebam dan luka-luka di kepala dan tangan. Mereka dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan," katanya.
Topic Berkaitan
#lif
#Mak Mandin
#Pangsapuri Ampang Jajar
#wanita mengandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan