Seorang wanita terselamat walaupun kereta Proton Wira yang dipandunya putus dua dalam kemalangan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini petang Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Tie Jia Jia, 19, yang datang dari arah Jalan Lada ke lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce hilang kawalan ke atas kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan.

Keretanya kemudian dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki Ling Kiew Hing, 51.

Kedua-dua kenderaan berkenaan terbabas ke dalam parit manakala pemandu-pemandunya hanya cedera ringan.