[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Wanita tanpa pengenalan diri ditemui bersolat atas jejambat

Astro Awani 17/05/2014 | 13:25 MYT
Gambar wanita yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran. -- Gambar Facebook UMB-X
Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.
solat wanita
-- Gambar Facebook UMB-X
Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
#jejambat #wanita solat