awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, teman lelaki didakwa dera anak berusia 4 tahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/08/2023
04:40 MYT
Wanita, teman lelaki didakwa dera anak berusia 4 tahun
Kedua-dua tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa. - Astro AWANI
IPOH: Seorang wanita dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tuduhan mendera anak kandungnya yang berusia empat tahun, minggu lepas.
Tertuduh, A. Kanageswarry, 23, yang bekerja sebagai tukang cuci dan pembantu stor, S. Uthayakumar, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecedaraan fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 4 tahun 6 bulan.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Taman Menglembu Impiana Adril, Ipoh, kira-kira jam 4.30 petang, 2 April lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 untuk setiap tertuduh tetapi peguam Kelvin Francis yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan yang rendah atas alasan mereka datang dari keluarga susah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, kepada setiap tertuduh.
Mahkamah turut menetapkan 2 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula.
Pada 3 Ogos lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kelaparan dengan kesan kecederaan di seluruh badan disyaki akibat didera, di sebuah pangsapuri di Mengelembu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai keiadian itu daripada seorang individu kira-kira jam 4.30 petang.
Topic Berkaitan
#dera anak
#A Kanageswarry
#S Uthayakumar
#kecederaan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan