Wanita terjatuh dari tingkat 5 Hospital Sultanah Bahiyah

Bernama
September 26, 2017 15:07 MYT
Siasatan awal mendapati wanita tempatan berusia 33 tahun itu berkunjung ke HSB bagi melawat seorang rakannya yang sedang dirawat. - Gambar fail
Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang Selasa
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati wanita tempatan berusia 33 tahun itu berkunjung ke HSB bagi melawat seorang rakannya yang sedang dirawat.
"Wanita itu terjatuh dari tingkat lima dan terhempas di tingkat dua HSB ... mangsa kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan berada dalam keadaan stabil dan sedar," katanya menerusi kenyataan malam ini
Bagaimanapun mangsa yang sudah menjalani ujian X-Ray kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut.
- BERNAMA
#Dr Norhizan Ismail #Hospital Sultanah Bahiyah #Jabatan Kecemasan dan Trauma #maut