Seorang wanita yang terjaga dari tidur untuk menunaikan solat Subuh terkejut apabila terdengar bunyi bising yang cukup aneh dari bahagian siling rumahnya.
Bimbang perkara buruk berlaku, dia yang menetap di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai, di sini bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Tindakan pantas APM melakukan pemeriksaan di siling kediaman itu membawa kepada penemuan biawak sedang mengawan.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6 pagi dan sepasukan anggota dikejarkan ke rumah pengadu.
Katanya, ketiga-tiga ekor biawak itu bertindak agresif dan cuba menyerang anggota APM sewaktu cuba menangkap mereka.
Mohd Shukri berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 40 minit untik menangkap biawak-biawak berkenaan kerana berada di kawasan yang sukar selain faktor keselamatan anggota terbabit.
Beliau berkata, ketiga-tiga ekor biawak sepanjang satu meter dengan berat 12 kilogram itu berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat APM Padang Terap untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jun 08 2020
Anggota-anggota Angkatan Pertahanan Awam menunjukkan tiga ekor biawak yang ditangkap mereka di sebuah kediaman di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai, Padang Serai, Kedah pada Isnin. - Gambar APM
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Penyu sesat di stesen janakuasa diselamatkan APM
Penyu berusia tujuh hingga 10 tahun itu ditemukan pekerja stesen janakuasa yang kemudiannya menghubungi pihak APM pada 11.56 pagi.
Kerajaan peruntuk RM20 juta bagi pembelian aset APM
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi pembelian kira-kira 100 pacuan roda dan lain-lain kenderaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Sekeluarga terkejut ular tedung selar 10kg menyusur masuk rumah
Pihak APM telah menerima satu laporan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 petang pada Jumaat.
Terserempak ular sawa 100kg semasa hendak menoreh getah
APM akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat.
Elaun APM naik RM2 sejam
Kadar elaun bagi anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan RM2 sejam berkuat kuasa 1 Mac 2020, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Ajal ketika cari rebung
Seorang OKU yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu telah ditemui mati bersama seguni rebung pagi tadi.
2,000 anggota APM sedia hadapi air pasang besar di Pantai Barat
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Roslan Wahab berkata negeri terbabit ialah Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Tebuan kembali 'huni' rumah
Tujuh beranak yang tinggal di Kampung Tanjung Luar, Pedu menanggung derita apabila hampir setiap hari disengat tebuan sejak seminggu lalu.
APM pantau keadaan fenomena air pasang di Kuala Muda
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda bersedia untuk memindahkan penduduk kampung sekiranya kawasan kediaman mereka mula dinaiki air.